Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Sinar Harian : 25 Januari 2018 : Kumpulan Curi Kabel Tumpas

SINAR HARIAN : 25 JANUARI 2018 : KUMPULAN CURI KABEL TUMPAS


       

SERI MANJUNG - Polis menumpaskan kegiatan curi kabel Telekom Malaysia yang didalangi sekumpulan lelaki dikenali sebagai Geng Oli. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, seramai lima lelaki berusia 20 hingga 27 tahun berjaya ditangkap dalam serbuan pada 22 januari lalu.

Menurutnya, serbuan itu dibuat di beberapa buah rumah di Kampung Pundut dan kawasan sekitarnya.

"Dalam serbuan ini kita berjaya menahan lima lelaki yang dikenali sebagai Geng Oli yang aktif dalam kes kecurian kabel Telekom Malaysia di sekitar daerah Manjung khasnya dan daerah berdekatan amnya.

"Tangkapan yang dibuat jam 8 malam 22 Januari lalu turut merampas saki baki kabel Telekom yang telah dicuri selain merampas alat pemotong kabel serta sebuah kereta serta sebuah motosikal yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan kes kecurian," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Muhammad Hanif berkata, kumpulan itu dipercayai aktif dalam kegiatan curi kabel sejak dua atau tiga tahun lalu.

"Daripada soal siasat juga polis percaya dapat menyelesaikan tujuh lagi kes kecurian kabel yang didalangi oleh kumpulan itu.

"Kita juga masih lagi memburu saki baki ahli kumpulan ini yang dipercayai masih lagi aktif dalam kegiatan curi kabel ini," katanya.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah jenis Heroin.

"Kita juga sudah mengenal pasti kedai besi buruk yang menjadi tempat kabel berkenaan dijual dan tindakan lanjut akan diambil.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 431 Kanun Keseksaan kerana mencuri kabel," katanya.
 



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en