Sinar Harian : 2 Februari 2018 : Kapal Bersauh Tanpa Kebenaran - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Sinar Harian : 2 Februari 2018 : Kapal Bersauh Tanpa Kebenaran
SINAR HARIAN : 2 FEBRUARI 2018 : KAPAL BERSAUH TANPA KEBENARAN
LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah kapal dagang yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 6.4 batu nautika dari Barat Daya Pulau Dua, Pulau Pangkor petang semalam.
Pengarah Maritim daerah, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, kapal itu ditahan oleh Kapal Maritim Tugau yang sedang membuat rondaan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kapal dagang itu yang berdaftar di Itali didapati tidak mempunyai dokumen sah untuk bersauh.
"Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu membawa 21 orang kru termasuk Kapten kapal melibatkan 5 orang warga Itali, 15 orang warga Filipina dan seorang warga Romania.
"Kita dapati mereka tidak mempunyai dokumen sah untuk bersauh dan kes akan disiasat di bawah ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B (1) iaitu bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Harian hari ini.
Katanya, kapal dan kru ditahan di bawah perintah tahanan Maritim dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.
"Maritim Malaysia akan akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mematuhi undang-undang," katanya.