Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Sinar Harian : 19 Disember 2018 : Peneroka Felda sudah terima geran

 

SINAR HARIAN : 19 DISEMBER 2018 : PENEROKA FELDA SUDAH TERIMA GERAN


TANJUNG MALIM - Seramai 5,772 peneroka telah menerima geran hak milik tanah rancangan Felda di Perak sehingga kini dari kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, hanya 545 peneroka yang terlibat masih belum menerima surat hak milik membabitkan empat tanah rancangan Felda yang dijadual akan dihabiskan menjelang suku pertama tahun hadapan.

"Dalam konteks pemberian hak milik Felda, saya memahami kekangan disebabkan beberapa isu teknikal melibatkan peneroka yang telah meninggal dunia, pengurusan pusaka dan sebagainya.

“Kerajaan negeri telah memperkenalkan sistem e-Tanah dan diharapkan akan mempermudahkan semua urusan di pejabat tanah selain saya sendiri juga telah mengarahkan kepada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk mempercepatkan proses pengeluaran baki geran hak milikan tanah di seluruh negeri Perak tahun hadapan,” katanya ketika berucap ada majlis penyerahan hak milik tanah kepada 179 peneroka Felda Sungai Behrang di sini hari ini.

Sehingga kini hanya sebahagian peneroka dari Felda Ijok di Kubu Gajah, Felda Trolak Timur, Felda Trolak Selatan dan Felda Gunung Besout 3 di sini daripada keseluruhan 17 tanah rancangan itu yang masih menunggu menerima geran berkenaan yang dijadualkan akan diberikan dalam masa terdekat.

Menurut Ahmad Faizal, kerajaan negeri akan mencari satu mekanisme terbaik membantu menangani masalah yang dihadapi Felda berhubung projek Perumahan Generasi Baharu yang kini dikelaskan sebagai tergendala.

"Kita sedia membantu pihak Felda dari segi penyediaan infrastruktur dan berbincang dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHB) untuk menyediakan kerjasama proses pembelian kediaman untuk generasi kedua.

“Masalah generasi kedua adalah mereka tidak mempunyai penyata gaji jadi kita perlu berbincang dengan pihak yang sesuai untuk proses pembelian bagi memudahkan proses berbanding berurusan dengan pihak bank,” katanya.
 



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en