Client's Charter - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
Breadcrumb
piagam pelanggan manjung content ms
CLIENT'S CHARTER
BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
-
Mendaftarkan semua permohonan tanah (pelupusan dan pembangunan) yang lengkap melalui sistem e-Tanah dalam tempoh (1) hari bekerja.
-
Memproses semua permohonan tanah Kerajaan melalui sistem e-Tanah mengikut urusan dan tempoh yang ditetapkan.
-
Mendaftar dan memproses permohonan Permit Bahan Batu dalam tempoh empat belas (14) hari waktu bekerja setelah menerima laporan jabatan teknikal.
-
Mendaftarkan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bagi setiap satu (1) perserahan.
-
Mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Kebenaran Pindahmilik / Gadaian kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja.
-
Mengeluarkan Sijil Carian Rasmi dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi setiap sijil.
-
Semua Kaunter Bayaran akan dibuka mengikut jadual yang telah ditetapkan di dalam waktu pejabat. Masa kutipan akan dilanjutkan sekiranya terdapat urusan yang mendesak dan di atas arahan Ketua Jabatan.
-
Menjalankan penguatkuasaan ke atas kegagalan pembayaran hasil pada tempoh yang ditetapkan.
-
Menjalankan lawatan dan siasatan ke atas tapak permohonan mengikut urusan yang diterima dan arahan Ketua Jabatan.
-
Menyelia dan menyelenggara carta permohonan tanah serta rekod-rekod data berkaitan setinggan, langar syarat dan pencerobohan tanah Kerajaan.
-
Menyediakan perkhidmatan penjualan pelan bagi setiap permohonan melalui sistem e-Tanah dalam tempoh satu (1) hari.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAERAH
-
Setiap aduan berkaitan Pembangunan Fizikal dan Masyarakat yang diterima lengkap akan dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
-
Projek dan perolehan bekalan akan ditawarkan kepada kontraktor / pembekal dalam masa enam puluh hari (60) hari bekerja dari tarikh penerimaan surat kuasa / waran peruntukan.
-
Menyelesaikan proses bayaran siap kerja dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dokumen tuntutan diterima dengan lengkap;
-
Memastikan permohonan e-Kasih diproses dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima; dan
-
Memproses pembayaran elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
BAHAGIAN PENGURUSAN DAERAH
-
Setiap aduan yang diterima lengkap akan dijawab dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
-
Kaunter bayaran bagi hasil daerah seperti RPA, lesen hiburan / eksais dan hasil air akan dibuka mengikut waktu pejabat.
-
Sumbangan Tabung Bencana akan diberikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas menerima laporan yang lengkap dari Penghulu Mukim.