Perak Today : 22 April 2018 : Sambutan Hari Ulang Tahun Bandar Tentera Laut Meriah - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Perak Today : 22 April 2018 : Sambutan Hari Ulang Tahun Bandar Tentera Laut Meriah
PERAK TODAY : 22 APRIL 2018 : SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN BANDAR TENTERA LAUT MERIAH
LUMUT:Lebih 5,000 orang terdiri daripada keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut serta orang awam memeriahkan Hari Ulang Tahun TLDM ke-84.
Turut disambut bersama Hari Ulang Tahun Lumut Bandar Tentera Laut ke-9 di Dataran Lumut di sini hari ini.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Saripah Zulkifli.
Turut hadir Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Seri Mohamad Roslan Mohamad Ramli.
Orang ramai turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan seperti pancaragam, kawad senyap dan perbarisan pakaian uniform tentera Laut.
Pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim adalah pada 24 April 2009 yang merupakan satu langkah besar ke hadapan untuk menghargai sumbangan Bandar Lumut dan Pangkalan Tentera Laut dalam pengembangan aktiviti-aktiviti maritim di negara ini selaras dengan status Malaysia sebagai sebuah Negara Maritim.
Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang hari bersempena sambutan kali ini sekitar kawasan dataran turut sesak dengan kunjungan orang ramai juga para peniaga.