Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Perak Today : 17 Mei 2018 : Ops Ramadhan 2018 Terus Pantau Kebersihan Makanan Bazar Ramadhan Seluruh PerakPerak Hari Ini

PERAK TODAY : 17 MEI 2018 : OPS RAMADHAN 2018 TERUS PANTAU KEERSIHAN MAKANAN BAZAR RAMADHAN SELURUH PERAK PERAK HARI INI


       

TAIPING: Jabatan Kesihatan Negeri Perak terus memantau isu keselamatan makanan dan memberi keutamaan terhadap kebersihan serta keselamatan pengguna sepanjang Bulan Ramadhan ini melalui Ops Ramadhan 2018.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri,Dr. Ding Lay Ming berkata Ops Ramadhan 2018 diadakan untuk memantau dan menjalankan program keselamatan dan kualiti makanan terutama melibatkan peniaga bazar Ramadhan seluruh negeri ini.

“Kita ingin memberi kesedaran kepada orang ramai dan juga para peniaga supaya keselamatan makanan adalah sangat penting.

“Seperti biasa saban tahun pelbagai makanan di jual di bazar ramadhan sering mengundang kepada isu keselamatan dan kebersihan makanan jadi kita terus memantau,” katanya yang ditemui selepas hadir pada operasi yang berlangsung di Bazar Ramadhan Kamunting di sini hari ini.

Terdahulu seramai 50 anggota daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama serta Majlis Perbadaran Taiping hadir memantau dan memberikan nasihat kepada para peniaga bazar Ramadhan yang baru beroperasi hari ini.

Kata Ding Lay Ming lagi,operasi tersebut bukan bertujuan mengenakan tindakan keras kepada peniaga sebaliknya sebagai teguran dan nasihat supaya menitikberatkan soal kebersihan.

“Kita mahu mengelakkan masalah keracunan makanan dalam bulan Ramadhan ini dan penguatkuasaan akan dijalankan di seluruh kawasan operasi bazar dalam negeri ini.

“Notis dan kompaun akan dikeluarkan sekiranya didapati peniaga melanggar peraturan namun kita terlebih dahulu tampil memberikan nasihat kepada mereka,”katanya.

Kompaun sebanyak RM200 akan dikeluarkan sekiranya peniaga tidak mengikuti peraturan seperti tidak mematuhi pemakaian apron, sarung tangan dan penutup rambut seperti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kesihatan.

       



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en