Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Perak Today : 24 Disember 2018 : Gunakan perkhidmatan Tribunal pengguna sebaik mungkin

 

PERAK TODAY : 24 DISEMBER 2018 : GUNAKAN PERKHIDMATAN TRIBUNAL PENGGUNA SEBAIK MUNGKIN


IPOH:Para pengguna disaran supaya mengunakan perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang tersedia sebaik mungkin dalam usaha mendapatkan hak mereka untuk dilindungi dan pembelaan sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata sebanyak 232 kes membabitkan pelbagai tuntutan telah difailkan kepada TTPM negeri sepanjang tahun ini.

Katanya masih ramai pengguna di negeri ini belum mengetahui hak mereka dan fungsi tribunal bagi membantu mereka.

“Saya minta semua pengguna menggunakan perkhidmatan tribunal ini sebaik mungkin kerana anda mempunyai hak sebagai pengguna dan tiada sesiapa boleh membuli anda malah proses di sini seperti mahkamah,” katanya.

Katanya, antara tuntutan yang difailkan pengguna melibatkan penipuan oleh agensi pelancongan dan pembantu rumah, pakej perkahwinan, pembelian barangan elekrik dan kereta terpakai serta bengkel pembaikan kenderaan.

Katanya Tribunal yang diwujudkan di bawah akta Perlindungan Pengguna 1999 berperanan untuk menjaga kepentingan pengguna sama seperti sistem penghakiman di mahkamah.

“Sebelum ini pengguna perlu pergi ke mahkamah tinggi yang memerlukan masa yang panjang serta perbelanjaan yang besar namun di sini mereka tidak perlu melantik penguam.

“Apabila mereka membeli sesuatu barang atau mendapatkan perkhidmatan ada tempoh jaminan sebagai satu perjanjian antara pengguna dan pembeli jika tidak mengikut spesifikasi serta rosak boleh hadir ke tribunal dan membuat aduan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke TTPM Perak yang beroperasi di UTC Ipoh.

Katanya lagi, pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) Negeri Perak akan membantu bagi proses mengisi borang-borang yang diperlukan untuk proses aduan.

“Pihak tribunal akan memanggil pihak peniaga dan pengguna untuk dibicarakan dan hanya bayaran sebanyak RM5 bagi proses perbicaraan,” katanya.

Sementara itu ketua Seksyen Tribunal Perak Hamidah Azizan berkata setakat tahun ini sahaja sebanyak 200 kes telah diselesaikan dan setiap kes akan mengambil dalam tempoh 40 hari aduan tersebut dibuat.

“Pihak Tribunal akan menyelesaikan aduan dalam tempoh 40 hari dan keputusan akan dikeluarkan pada hari yang sama perbicaraan tersebut berlangsung,” katanya.

Pihak Tribunal katanya sentiasa akan membantu memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna untuk membantu menyelesaikan masalah dan aduan mereka.



Footer en