Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Penutupan sementara Persimpangan Damar Laut (Batu 3 Segari)

PENUTUPAN SEMENTARA PERSIMPANGAN DAMAR LAUT (BATU 3 SEGARI)


 

       

MAKLUMAT PENUTUPAN SEMENTARA PERSIMPANGAN DAMAR LAUT (BATU 3 SEGARI) - SG BATU PANTAI REMIS, DAERAH MANJUNG, PERAK LALUAN FT060 JALAN KG KOH - PANTAI REMIS - BATU HAMPAR DI SEKSYEN 19 HINGGA 37 PADA 30 NOVEMBER 2017 KHAMIS (JAM 1.00 PETANG) SEHINGGA 21 DISEMBER 2017.
 

Adalah dimaklumkan bahawa Laluan 60, Jalan Kg. Koh - Pantai Remis - Batu Hampar (Seksyen 19 - 37) akan ditutup kepada semua kenderaan mulai pada 30 November 2017 (Khamis) jam 1.00 petang sehingga 21 Disember 2017 disebabkan oleh banjir teruk yang telah melanda jalan tersebut. Kesan daripada banjir tersebut, struktur bahu jalan telah mengalami hakisan di beberapa lokasi di sepanjang seksyen yang dinyatakan di atas.

Sehubungan dengan itu, jalan tersebut akan ditutup kepada semua lalulintas bagi menjamin keselamatan para pengguna jalan raya serta bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pengukuhan bahu jalan yang terhakis. Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di tapak untuk panduan penguna-pengguna jalan raya. Pengawal bendera juga akan sentiasa berada di tapak untuk mengawal trafik.

Pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif dari Simpang Batu Hampar - Beruas - Ayer Tawar dan sebaliknya, iaitu melalui Jalan Damar Laut - Panchor (A101) - Jalan Kg. Koh - Pantai Remis - Batu Hampar (FT060) - Jalan Batu Hampar - Beruas - Buluh Akar (FT073) - Jalan Beruas - Ayer Tawar (FT071). Peta laluan seperti lakaran yang disertakan di bawah menunjukkan laluan alternatif berkenaan.

Kami berharap agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan. Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan. Untukmaklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pejabat JKR Daerah Manjung, Perak di talian 05-688 3420, faks 05-688 2371.
 

Disediakan
Jabatan Kerja Raya Manjung
30 November 2017
2.30 petang

 

Klik di sini untuk melihat penutupan jalan serta laluan alternatif.

       



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en