Mukim Administration - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Pentadbiran Mukim en
MUKIM ADMINISTRATION
Institusi Penghulu adalah sebuah institusi tertua di negara ini kerana ia telah wujud sejak pemerintahan Raja -Raja Melayu hingga sekarang tetapi telah berubah dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Oleh itu generasi Penghulu yang ada sekarang perlu memainkan peranan mereka dalam menentukan institusi Penghulu ini tetap kekal hingga ke akhir zaman .
1.PERANAN PENGHULU SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN
1.1 Institusi Penghulu Zaman Raja-Raja Melayu.
1.2 Perlantikan : Dilantik oleh Raja /Pembesar mengikut keturunan.
1.3 Tugas :
- Memungut cukai
- Menjaga Keamanan
- Mendamaikan pegaduhan
- Menyediakan buruh.
2. PERANAN PENGHULU SELEPAS MERDEKA
2.1 Lantikan oleh Suruhanjaya Awam Negeri.
2.2 Tugas :
- Ketua Pentadbiran Mukim.
- Perantaraan kerajaan dengan rakyat
- Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Pegawai Daerah dan Penolongnya
- Mengawasi kerja-kerja Ketua Kampung
- Membantu Pentadbir Tanah
- Mengawas perlakuan dan pelanggaran adat dan agama.
- Mengawasi kejadian jenayah
- Menggalakkan perpaduan penduduk
- Menguruskan hat-hal berkaitan harta pusaka kecil
- Lain-lain perkara dalam mukim.