MPM Diiktiraf PBT Kedua Terbaik Di Perak - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
MPM diiktiraf PBT kedua terbaik di Perak
MPM DIIKTIRAF PBT KEDUA TERBAIK DI PERAK
SERI MANJUNG - Perbandaran Manjung (MPM) diiktiraf lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) Tahun 2016.
Setiausahanya, Helmi Arifin berkata, MPM juga turut mencipta sejarah apabila menjadi PBT kedua terbaik di Perak selepas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan kesembilan terbaik di negara ini.
Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil kerjasama semua pihak bukan sahaja melibatkan pegawai dan warga kerja serta Ahli-ahli Majlis MPM malah turut melibatkan sumbangan daripada seluruh komuniti perbandaran Manjung dan pihak-pihak berkepentingan.
"Kejayaan ini juga diperoleh ekoran langkah MPM yang mementingkan budaya kepantasan dan semangat kerja berpasukan serta tindakan proaktif yang sentiasa menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.
"Pencapaian diperoleh ini adalah sebagai penandaaras dan memberi inspirasi kepada MPM untuk meningkatkan usaha dalam memantapkan lagi sistem tadbir urus dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.
Sinar Harian
Siti Safa Mohd Nor
24 Ogos 2017