Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

MB Perak Minta Masalah Banjir Kesan Daripada Projek LPPB Diselesaikan Segera

MB PERAK MINTA MASALAH BANJIR KESAN DARIPADA PROJEK LPPB DISELESAIKAN SEGERA


 

          

LEKIR: Kerajaan negeri telah memaklumkan dan meminta pihak syarikat konsesi West Coast Expressway (WCE) Sdn Bhd agar menyelesaikan segera masalah banjir di sini, yang berpunca daripada projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (LPPB).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, banjir yang telah menjejaskan Kampung Batu 10, Kampung Batu 12, Kampung Batu 14 dan Kampung Batu 15 dekat sini ini berpunca daripada lebihan kandungan air hujan dalam longkang bawah tanah.

Menurutnya, sebelum ini, terdapat tiga buah longkang bawah tanah namun, atas faktor kerja-kerja pembinaan LPPB, hanya satu sahaja yang berfungsi.

“Menurut penduduk setempat, mereka terpaksa mengambil masa dua minggu untuk menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi, malah, ia juga dikatakan telah menenggelamkan sebahagian kawasan-kawasan ladang.

“Saya telah memaklumkan kepada mereka supaya langkah-langkah penyelesaian segera dapat diambil.

“Pada peringkt awal telah diadakan perbincangan antara pihak WCE dengan Jabatan Pengairan Saliran (JPS),” jelasnya.

Selain itu, katanya, WCE dan JPS juga harus mengambil pandangan masyarakat setempat kerana mereka merupakan pihak yang paling terkesan dan diharapkan pandangan itu dapat memberi input terbaik bagi mengelakkan masalah itu dari terus berulang, di masa hadapan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada sesi lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, di Kampung Tanjung Kepah, dekat sini, pada Sabtu.

       



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en