Kubu Tinggalan British Bakal Jadi Tarikan Pelancongan Negeri - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Kubu Tinggalan British Bakal Jadi Tarikan Pelancongan Negeri
Sinar Harian Perak : 13 Oktober 2019 : Lelaki jatuh cerun ketika cuba selamatkan rakan sesat
LEKIR: Kerajaan Negeri Perak tidak menolak kemungkinan akan menjadikan Kubu Perlindungan bawah tanah, bekas tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh semalam, sebagai satu kawasan tarikan pelancong.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penemuan kubu tersebut merupakan sesuatu yang menarik dan cadangan menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan negeri akan dipanjangkan ke peringkat seterusnya.
“Kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas terperinci berkenaan penemuan itu.
“Kita juga akan berusaha menjadikan ia sebagai kawasan pelancongan, sekiranya mendapat kerjasama daripada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad serta kementerian-kementerian berkaitan termasuk, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelacongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
“Mungkin ramai yang berminat nak lihat keadaan kubu itu, malah saya juga akan ke sana nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada sesi lawatan kerja di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, di Kampung Tanjung Kepah, dekat sini, pada Sabtu.
Semalam Perak Today melaporkan, kubu yang berusia lebih daripada 75 tahun itu telah dibina oleh Tentera British dimana ia bertujuan untuk memberi perlindungan kepada Pegawai British dan juga penduduk sekitarnya sekiranya berlaku serangan udara dari tentera Jepun.