Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Kosmo Online : 31 Mei 2018 : Kerajaan umum bonus khas raya

KOSMO ONLINE : 31 MEI 2018 : KERAJAAN UMUM BONUS KHAS RAYA


       

MAHATHIR bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Kabinet di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 kepada kakitangan kerajaan Gred 41 ke bawah dan RM200 untuk pesara kerajaan.

Penjawat awam Gred 41 ke bawah terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan seperti kerani, pembantu tadbir, penolong pegawai, pembantu am dan pemandu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tarikh pembayaran bantuan khas itu akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu taklimat khas hari ini.

Selain itu, Mahathir turut memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dijenama semula sebagai Bantuan Sara Hidup.

“Jumlah Bantuan Sara Hidup adalah sama seperti yang telah diperuntuk melalui BR1M dan pembayaran akan dibuat pada 6 Jun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Kabinet di sini semalam.
 

 



floating menu manjung content v1 en

 

Footer en