Durian Timbang Agak Mahal - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Durian timbang agak mahal
DURIAN TIMBANG AGAK MAHAL
Mahzan menganggap jualan durian secara timbangan ada pro dan kontranya.
KALI pertama dalam sejarah durian kampung di Kampung Gajah serta sekitarnya dijual secara timbangan dan bukan lagi longgok ataupun kiraan biji. Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi kepada pembeli dan penggemar durian yang rata-ratanya berpendapat kaedah berkenaan mempunyai pro dan kontranya. Pembeli dari Rawang, Selangor, Ezan Zaibani, 47, berpendapat, durian kampung lebih sesuai dijual secara longgok atau kiraan biji kerana isinya sukar untuk dijangka.
“Bagi saya durian kampung lebih sesuai dijual secara longgok atau kiraan biji berbanding durian kahwin sebab kita tak tahu isi durian itu elok ke tak. “Jika pembeli membeli durian dan makan di situ juga mungkin mereka boleh menukar buah durian jika tak elok tapi kalau bawa pulang terpaksalah reda elok atau tak,” katanya.
Katanya, durian yang dijual secara timbangan agak mahal berbanding durian longgok.
"Sebagai pembeli saya rasa jualan durian secara timbangan ini agak mahal juga kerana harga sekilogram durian antara RM7 ke atas sekilogram.
Walaupun dijual secara timbangan, ia tidak menjejaskan permintaan terhadap raja buah ini.
“Tapi kalau orang dah suka durian mereka tetap juga membeli, tak kisahlah dijual secara timbang atau longgok,” katanya. Pembeli, Mahzan Mohsin, 36, pula berkata, jualan durian secara timbangan ada pro dan kontranya yang tersendiri dan ia bergantung kepada pembeli sama ada mahu menerima atau tidak.
“Bagi pemilik dusun atau penjual mereka akan dapat manfaat atau rezeki berganda kerana sebelum ini berlakunya lambakan buah dan buah tidak laku selain ada musim durian tidak menjadi.
“Jadi bila diperkenalkan sistem timbangan ini secara tidak langsung membantu pemilik dusun untuk mendapat sedikit limpahan rezeki dan perkara ini hanya berlaku untuk satu musim sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pembeli akan merasa sedikit terbeban jika durian dijual mengikut kaedah timbangan.
Muhammad Hanif (dua, kiri) menunjukkan dadah dirampas daripada seorang suspek yang ditangkap
Ada pelanggan yang memilih untuk makan terus durian dibeli supaya lebih senang untuk menukarnya jika isinya tidak elok.
“Pemilik dusun juga tidak sepatutnya meletakkan harga yang terlalu tinggi. Namun pastinya ada pihak tertentu yang memainkan peranan seperti orang tengah yang cuba memanipulasi harga hingga terpaksa dijual dengan harga lebih tinggi.
“Jika di kampung-kampung sepatutnya durian dijual dengan harga lebih rendah supaya orang kampung yang tidak memiliki pokok durian boleh sama-sama menikmati raja buah berkenaan,” katanya. Penduduk, Norbidawimunir Arshad, 47, berpendapat, kaedah jualan durian secara longgok adalah budaya lama selain ketelusan penjual boleh diragui.
“Jika jual secara longgok sekalipun ada penjual yang mengambil kesempatan meletakkan buah yang tak elok untuk dijual.
“Saya merasakan sistem timbangan lebih telus kerana kita boleh memilih buah yang baik untuk dibeli dan secara tidak langsung pembeli dan penjual merasakan ia lebih adil dan telus,” katanya.
Sinar Harian
Siti Safa Mohd Nor
15 November 2017