Land Management Division - PDT Manjung
Top Header Manjung Content en
Menu Manjung 3rd Level Content en
Breadcrumb
Bahagian Pengurusan Tanah manjung content en
LAND MANAGEMENT DIVISION
Unit Pendaftaran
- Menguruskan pendaftaran urusniaga dan bukan urusniaga;
- Menguruskan pendaftaran hakmilik baharu ,pengeluaran hakmilik sambungan, hakmilik gantian dan hakmilik pendua;
- Memproses penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik kekal;
- Mendapatkan kebenaran YAB Menteri Besar untuk urusan pindahmilik dan gadaian tanah;
- Memproses permohonan perintah jual; dan
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod pendaftaran hakmilik.
Unit Hasil
- Menguruskan kutipan cukai tanah semasa, tunggakan cukai tanah dan bayaran premium tanah dan pelbagai hasil;
- Menyediakan penyata dan akaun kutipan;
- Penguatkuasaan ke atas kegagalan membayar hasil; dan
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod kutipan hasil.
Unit Penguatkuasaan dan Teknikal
- Memproses permohonan tanah kerajaan untuk mendapatkan hakmilik;
- Menyediakan carta permohonan tanah;
- Menyediakan perkhidmatan penjualan pelan;
- Menyelia rekod-rekod pemilikan fahrasat lot Pejabat Tanah;
- Menyelenggara rekod-rekod dan data berkaitan setinggan, langgar syarat tanah dan pencerobohan Tanah Kerajaan; dan
- Menyediakan permohonan ukur dan surihan penempatan.
Unit Pembangunan Tanah dan Pelupusan
- Memproses permohonan tanah Kerajaan dalam urusan pemberimilikan kepada individu / syarikat, agensi Kerajaan dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan;
- Memproses permohonan pembangunan tanah bagi hakmilik individu / syarikat dan urusan serah balik dan berimilik semula bagi tujuan pemajuan
- Memproses permohonan pengambilan tanah, sementara, dan permit ruang udara; lesen pendudukan
- Memproses permohonan melanjutkan tempoh pajakan hakmilik bagi hakmilik;
- Memproses permohonan perizaban tanah bagi tanah Kerajaan; dan
- Memproses permohonan tukar syarat nyata, pecah bahagian, pecah sempadan, dan penyatuan tanah.