District Management Division - PDT Manjung
HOME MANJUNG DISTRICT AND LAND OFFICE
DISTRICT MANAGEMENT DIVISION
Unit Pentadbiran / Sumber Manusia
- Menguruskan pengurusan sumber manusia termasuk perkhidmatan, tatatertib, pelaksanaan pekeliling dan arahan, latihan, kursus dan pengurusan prestasi;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Daerah; dan
- Mengurus dan memproses surat-menyurat dan fail.
Unit Kewangan
- Menyediakan anggaran belanjawan dan laporan kewangan;
- Menyelenggara dan mengemaskini rekod perakaunan;
- Mengurus pembayaran semua jenis bil dan tuntutan;
- Menyelenggara akaun panjar wang runcit;
- Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun;
- Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Aset;
- Menguruskan kutipan hasil air dan hasil am;
- Memproses permohonan lesen hiburan dan lesen minuman memabukkan; dan
- Perakaunan dan rekod hasil rancangan perumahan awam
Unit Keraian
- Mengurusetiakan sebelum, semasa dan selepas majlis / keraian rasmi Jabatan;
- Mesyuarat penyelarasan sebelum program dijalankan;
- Menyediakan susun atur serta logistik program;
- Menyediakan jemputan kepada VIP dan ketua Jabatan;
- Mengemaskini segala program atau majlis di dalam media sosial dan portal Jabatan.
Unit Teknologi Maklumat
- Menguruskan dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT;
- Menguruskan media sosial rasmi dan e-mel Jabatan;
- Menguruskan dan mengemaskini media sosial rasmi Jabatan;
- Menyediakan penerbitan grafik dan multimedia Jabatan;
- Memantau sistem aplikasi Jabatan;dan
- Menguruskan dan mengemaskini laman web Jabatan.