Top Header Manjung Content en

Menu Manjung 3rd Level Content en

Breadcrumb

Astro Awani : 21 Mei 2019 : 30 Gerai Di Hadapan Wisma Yakin Dijilat Api

ASTRO AWANI: 21 MEI 2019: 30 GERAI DI HADAPAN WISMA YAKIN DIJILAT API


 

       

Lebih 30 buah gerai sudah terbakar sepenuhnya dan anggota mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

 

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 30 gerai di hadapan Kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India di sini yang menjadi lokasi pilihan untuk membeli belah musnah dijilat api pada awal pagi Selasa.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 1.44 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.35 pagi.

"Seramai 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah bergegas ke lokasi.

"Setibanya di lokasi pada 1.44 pagi, terdapat lebih 30 buah gerai sudah terbakar sepenuhnya dan anggota bomba mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya," katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu juga berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih di dalam siasatan.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

 



Footer en