Frequently Asked Question - PDT Kampong Gajah
![]() |
Tel: 05 631 3133 Fax: 05 631 1863 |
![]() |
pdtkgajah@perak.gov.my |
HOME
KAMPONG GAJAH DISTRICT AND LAND OFFICE
FREQUENTLY ASKED QUESTION
Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon diajukan melalui
Sistem Aduan Awam (e-Aduan) atau hubungi kami di talian 05-631 3133
Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain yang berkaitan dengan agensi mohon diajukan di Maklumbalas/Komen atau emel kepada
mohdamli[at]perak.gov.my
Pejabat Daerah Dan Tanah Kampong Gajah
Kompleks Pentadbiran Daerah,
36800 Kampong Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-6313133
Fax: 05-6311863
Soalan 1 : Bolehkan Carian Persendirian diperolehi dengan serta merta?
Jawapan : Ya, dengan bayaran RM40.00 bagi setiap satu (1) hakmilik.
Soalan 2 : Betulkah Pindahmilik tanah boleh didaftarkan didalam tempoh 1 hari?
Jawapan : Ya, jika dokumen 14A telah lengkap (dibuat penyaksian),bayaran Taksiran Duti Setem telah disempurnakan dan bayaran pendaftaran telah dijelaskan.
Soalan 3 : Bagaimanakah untuk mendapatkan semula tanah yang telah luput tempoh pajakan?
Jawapan : Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan,permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1)perlu dikemukan ke Pejabat Tanah di daerah di mana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.
Soalan 4 : Siapakah yang boleh memohon tanah milik yang telah luput tempoh pajakan dan pemilik asalnya telah meninggal dunia?
Jawapan : Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara (KTN) boleh memohon dan dipertimbangkan.Walaubagaimanapun,keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal,jika ada permohonan.
Soalan 5 : Apakah tindakan yang dikenakan jika tidak menjelaskan bayaran hasil tanah bagi pemilik tanah yang telah menerima notis 6A?
Jawapan : Jika tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh 3 bulan Pejabat Tanah akan mengeluarkan notiS 8A (Rampasan Tanah).
SERVICES