Top Header Kampar Content en

p

Tel: 05 465 1963
Fax: 05 466 4307

e
HOME

KAMPAR DISTRICT AND LAND OFFICE

Menu Kampar 3rd Level Content en

Breadcrumb

Kenyataan Tawaran Sebut Harga Kontraktor G1 & G2

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA KONTRAKTOR G1 & G2


 

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

31900 KAMPAR

PERAK DARUL RIDZUAN

 

 

TEL : 05- 4651963

FAX : 05 – 4664307

 

Ruj.Kami: Bil(  )dlm.PEMB. KPR (N) 17/4/2020 PDT

 

Tarikh : 12 Jun 2020

 

KENYATAAN SEBUTHARGA

SEBUTHARGA UNTUK KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Adalah dimaklumkan tiada lawatan tapak semasa tempoh PKPP

(Gambar-gambar berkaitan projek boleh dirujuk di website pdtkampar.perak.gov.my)

Sebutharga ini dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera berdaftar dengan Pejabat Daerah dan Tanah Kampar yang layak dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut :-

BIL

BUTIR-BUTIR SEBUTHARGA

KELAYAKAN

TARIKH DAN WAKTU DOKUMEN DIJUAL

TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

TARIKH DAN WAKTU TAWARAN DITUTUP

1.

No. Sebutharga:
8/2020
Projek:
MENYELENGGARA LONGKANG SERTA MENURAP SEMULA JALAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG PADANG TEMBAK

GRED G1
KATEGORI
CE
PENGKHUSUSAN
CE 21

Tarikh Dijual:
19 Jun 2020 hingga 26 Jun 2020
Waktu;
Isnin-Jumaat
8.30 pagi - 12.00 tengahari

Unit Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar
Harga Dokumen:
RM20.00

Tarikh Tutup:
26 Jun  2020
(JUMAAT)
Jam
: 12.00 tengahari

2.

No. Sebutharga :
9/2020
Projek :
MEMBINA PAGAR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM SAHOM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

3.

No. Sebutharga:
10/2020
Projek :
NAIK TARAF PAGAR MASJID DI KAMPUNG SAHOM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

4.

No. Sebutharga:
11/2020
Projek :
NAIK TARAF SURAU DI KAMPUNG SERI JELUTONG

5.

No. Sebutharga:
12/2020
Projek :
BAIK PULIH SURAU KAMPUNG BUKIT PEKAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

6.

No. Sebutharga:
13/2020
Projek :
BINA BARU DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG TUALANG SEKAH

7.

No. Sebutharga:
14/2020
Projek :
BINA PAGAR DI TANAH PERKUBURAN TANJUNG BANGKONG DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

8.

No. Sebutharga:
15/2020
Projek :
NAIKTARAF SURAU DI KAMPUNG JELINTOH

9.

No. Sebutharga:
16/2020
Projek :
NAIKTARAF MASJID DI KAMPUNG REDANG SAWA

10

No. Sebutharga:
17/2020
Projek :
NAIKTARAF SURAU DI KAMPUNG LAWAN KUDA

11.

No. Sebutharga:
18/2020
Projek :
BINA BARU DEWAN ORANG RAMAI DI KAMPUNG AIR HITAM LABU

GRED G2
KATEGORI
CE
PENGKHUSUSAN
CE 21

 

 

1.         Kontraktor yang berminat hendaklah kemukakan SIJIL ASAL PENDAFTARAN CIDB iaitu Perakuan Pendaftran dan SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) serta SIJIL PKK iaitu Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera semasa membuat pembelian borang Sebut Harga di KAUNTER BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 untuk setiap dokumen. Bayaran ini tidak dikembalikan sekiranya tidak berjaya. 

 

2.         Semua kontraktor hendaklah memastikan bahawa sijil asal pendaftaran CIDB iaitu Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil PKK iaitu Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera masih berkuatkuasa mulai dari tarikh pembelian borang hingga proses pembayaran diselesaikan oleh Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar Jika tempoh telah tamat pihak kontraktor tidak layak untuk menyertai sebutharga ini. 

 

3.         Kontraktor dikehendaki melampirkan salinan RESIT BAYARAN pada setiap BORANG SEBUTHARGA yang berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam PETI SEBUTHARGA.

 

4.         Semua borang sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUTHARGA, BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR, 31900 KAMPAR, PERAK.

 

5.         Kontraktor-kontraktor yang mempunyai kelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PEJABAT DAERAH DAN TANAH KAMPAR sahaja yang LAYAK untuk dipertimbangkan SEBUTHARGA.

 

6.         Pentadbiran ini tidak terikat untuk menerima sebutharga yang terendah sekali atau mana-mana sebutharga yang disyorkan.

 

7.         Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

8.         Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan jenayah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

9.         Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

10.       Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada bayaran berkaitan perolehan ini walaupun kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

 

(MEGAT MOHD ZAMRI BIN MEGAT MOHD)

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)

b.p   Pegawai Daerah

        Kampar

 

s.k - Pegawai Daerah Kampar

      - Penghulu Mukim, Kampar

      - Penghulu Mukim, Teja



Footer en