Bahagian Pengurusan Tanah - PDT Kampar
Land Management Division
2.1 UNIT PEMBANGUNAN TANAH DAN PELUPUSAN
Unit Pelupusan berperanan sebagai satu unit yang memproses segala permohonan yang berkaitan dengan tanah dari peringkat permohonan sehinggalah kepada pengeluaran hakmilik.
Antara fungsi unit ini adalah :
- Memproses berkaitan permohonan tanah baru (Perumahan, Pertanian dan Bangunan serta Lesen Menduduki Tanah Sementara ).
- Memproses permohonan tanah bagi tujuan Skim Perumahan, Pertanian (Individu / Syarikat / Koperasi), Industri, Lesen Menumpang Sementara, Projek Kerajaan / Agensi, dan bangunan (Individu / Syarikat / Koperasi).
- Memproses permohonan tanah bagi tujuan Penyelesaian Setinggan secara In-Situ
- Merancang pembangunan tanah sebagai Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) / Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
- Memproses permohonan tanah bagi tujuan Kampung Baru serta memproses pemberian semula hakmilik tanah yang tamat tempoh pajakan.
- Memproses permohonan pengambilan bahan batuan di bawah Permit 4C.
- Memproses permohonan di atas tanah milik bagi tujuan Pembangunan Tanah melalui Pecahan Sempadan/ Pecah Bahagian / Penyatuan / Tukar Syarat Tanah.
- Menyelesaikan masalah berkaitan permohonan tanah serta aduan awam.
- Menyelesaikan tunggakan permohonan tanah.
- Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah Kampar serta mesyuarat lain yang berkaitan.
- Memproses urusan Pengambilan Balik Tanah.
- Menguruskan hal-hal lain di bawah kuasa Pentadbir Tanah seperti Hak Lalu Lalang dan sebagainya.
2.2 UNIT TEKNIKAL & PENGUATKUASAAN
Unit Teknikal dan Penguatkuasaan adalah unit menjalankan fungsi berkaitan penguatkuasa tanah bagi Daerah Kampar.
Antara fungsinya adalah:-
- Memproses kelulusan permohonan tanah dan bahan batuan.
- Membuat laporan permohonan tanah, bahan batuan dan aduan.
- Membanteras usaha haram yang melibatkan tanah kerajaan.
- Mengemaskini Lot/PT index.
- Membuat permohonan ukur tanah (PU).
- Menyelesaikan tunggakan penukaran QT kepada FT
2.3 UNIT HASIL TANAH
Unit Hasil Tanah berfungsi sebagai unit yang membuat kutipan Hasil Tanah, Hasil Cukai dan Hasil bukan Cukai. Ia berperanan mengutip Cukai tanah setiap tahun serta menyelesaikan tunggakan hasil tanah.
Antara fungsi Unit Hasil adalah :
- Mengutip Hasil Cukai Tanah.
- Menyelesaikan tunggakan Hasil Tanah serta mengeluaran Notis 6A.
- Mengutip Hasil Bukan Cukai.
- Menerima permohonan tanah, lesen sementara, permohonan bahan Batu dan lain-lain yang berkaitan tanah.
- Menyelesaikan masalah Cukai Tanah, Remitan, Perubahan Cukai , Deposit Tanah dan Daerah dan yang berkaitan hasil tanah.
- Mengemaskini buku cukai tanah setiap tahun iaitu Buku Current Rent Role.
- Mengemaskini Deposit tanah.
- Menyediakan hasil tanah setiap bulanan dan tahunan.
- Mengemaskini rekod hasil tanah di dalam Sistem Pengutan Hasil Tanah (SPHT).
- Merekod Hasil Tanah Hakmilik baru.
- Menyimpan serta menjaga rekod dan maklumat dengan selamat.
- Mengutip bayaran ansuran pembelian rumah Rancangan Perumahan Awam Gopeng dan Malim Nawar
- Menguruskan segala yang berkaitan dengan urusan rumah RPA
- Menerima bayaran dan menyediakan Lesen Hiburan Awam.
- Menguruskan urusan Pindahmilik Tanah.
- Mengutip sewa rumah
- Menguruskan urusan Lembaga Hasil Dalam Negeri
2.4 UNIT PENDAFTARAN
Unit Pendaftaran merupakan unit yang mempunyai kaitan secara langsung dengan unit hasil. Unit ini perlu bekerjasama antara satu sama lain. Kedua-dua unit ini penting dalam segala urusan berkaitan pemilikan dan hasil tanah. Antara fungsi unit ini adalah :
- Pendaftaran Hakmilik :
- Memproses Pendaftaran Hakmilik Sementara dan Kekal.
- Memproses pendaftaran hakmilik sementara dan kekal pendua berikutan pendaftaran hakmilik keluaran hilang, musnah keseluruhan atau sebahagian.
- Mengemaskinikan Buku Permanent Rent Roll setelah hakmilik sementara dan kekal didaftarkan.
- Kelulusan Pindahmilik, Gadaian, Pindahmilik dan Gadaian :
- Memproses permohonan mendapatkan kelulusan pindahmilik, gadaian, pindahmilik dan gadaian.
- Pembangunan Tanah :
Memproses endorsmen serahbalik, serahbalik dan berimilik semula.
- Memproses permohonan tukar syarat.
- Memproses permohonan pecah sempadan tanah.
- Memproses permohonan cantuman tanah.
- Memproses permohonan pecah bahagian tanah.
- Pendaftaran Urusniaga :
Memproses pendaftaran pindahmilik, pajakan tanah, pajakan kecil tanah, penyerahan balik pajakan, pindahmilik gadaian, gadaian untuk menjamin pembayaran wang pokok, penangguhan gadaian, perakuan jual oleh mahkamah dan pentadbir tanah, melepaskan gadaian, pemberian ismen serta ismen berbalas dan melepaskan ismen.
e. Pendaftaran Bukan Urusniaga :
- Memproses pendaftaran kaveat persendirian, pendaftaran, pemegang lien dan pemegang amanah.
- Memproses pendaftaran pembatalan semua jenis kaveat.
- Memproses pendaftaran perintah larangan, perintah pembahagian pesaka dan semua jenis perintah mahkamah.
- Pengambilan Balik Tanah :
- Memproses pendaftaran endorsmen pengambilan balik tanah.
- Lain – lain tugas :
- Memproses permohonan perintah jualan, penerimaan pelan hakmilik kekal dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, penerimaan hakmilik Pendaftar, pembetulan di bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara dan permohonan carian rasmi dan persendirian.
- Mengeluarkan salinan sah dokumen dan hakmilik kepada pemilik berdaftar sahaja.
- Menyediakan laporan bulanan.
SERVICES