Ipoh History - PDT Ipoh
![]() |
Tel: 05 527 5875 / 5811 Fax: 05 527 5706 |
![]() |
pdtipoh[at]perak.gov.my |
HOME
KINTA, IPOH DISTRICT AND LAND OFFICE
IPOH HISTORY
Ipoh ialah sebuah bandar raya bukit yang terletak dalam Daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Bandaraya ini terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur dan selatan Pulau Pinang, merupakan bandaraya ketiga terbesar di bahagian tengah Malaysia selepas Kuala Lumpur dengan perjalanan sepanjang 500 km sahaja untuk ke Kluang, Pulau Tioman, Johor dan Singapura, bandaraya dunia.
Datuk Bandar Ipoh sekarang ialah Datuk Harun Rawi. Ipoh juga merupakan salah satu bandaraya yang sedang pesat membangun di Malaysia, terletak di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Nama "Ipoh" diambil daripada pohon "epu" atau lebih dikenali sebagai "pokok Ipoh" dengan getahnya yang beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpitan mereka.
Ipoh mendapat status Bandaraya pada 27 May 1988, oleh Sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah . Ia terbahagi dua oleh Sungai Kinta kepada Bandar Baru Ipoh dan Bandar Lama Ipoh. Kini, "Ipoh" telah berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh, di mana ia telah pun menyerap masuk pekan-pekan kecil yang berada disekitar bandar seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan ke dalam wilayah Bandaraya Ipoh.
SERVICES
QUICK LINKS