Top Header Gerik Content en

p

Tel: 05 791 1963 Fax: 05 792 1049

e
HOME

HULU PERAK DISTRICT AND LAND OFFICE

Menu Gerik 3rd Level Content en

Breadcrumb

SoalanLazimGerik Content en

FREQUENTLY ASKED QUESTION


 

Sebarang pertanyaan atau aduan awam mengenai Pentadbiran Tanah mohon diajukan melalui
Sistem Aduan Awam (e-Aduan) atau hubungi kami di talian 05 - 791 1963

 

Sebarang maklumbalas atau komen yang berkaitan dengan ketidakfungsian PORTAL RASMI atau isi-isu lain
yang berkaitan dengan agensi mohon diajukan di Maklumbalas/Komen atau emel kepada
pdtgerik[at]perak.gov.my

 

Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak,Gerik,
Jalan Sultan Yussoff,
33300 Gerik,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-791 1963
Fax: 05-792 1049

Jawapan: Penahanan pampasan sebanyak itu 25% akan dibuat sekiranya ada bantahan daripada pihak yang memohon pengambilan untuk projek tersebut. Contohnya bagi projek lebuhraya, kalau ada bantahan daripada LLM, pembayaran pampasan akan ditahan sebanyak 25% .

Jawapan: Ruangan penyaksian tidak perlu dilengkapkan sekiranya terdapat cop mohor syarikat pada borang suratcara.

Jawapan: Hakmilik strata ialah suatu hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap petak di dalam bangunan yang berbilang tingkat dan juga hakmilik yang dikeluarkan kepada petak-petak tanah dalam skim komuniti berpagar.

Jawapan: Hakmilik strata diperlukan bagi menjamin kepentingan setiap pemilik petak dan memudahkan urusniaga terhadap petak berkenaan seperti pindahmilik, gadaian, cagaran, pembahagian pusaka dan sebagainya.

Jawapan: Pemilik tanah adalah orang yang bertanggungjawab untuk membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata.

Jawapan: Pemilik tanah diwajibkan membuat permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan JIKA beliau telah menjual mana-mana petak dalam bangunan berbilang tingkat atau tanah. Tempoh yang dimaksudkan adalah: 6 bulan dari tarikh perjanjian jualbeli pertama atau 6 bulan dari tarikh Certificate of Completion and Compliande (CCC) dikeluarkan mengikut mana yang terkemudian.

Jawapan: Jika pemilik tanah gagal membuat permohonan untuk mendapatkan hakmilik strata adalah melakukan perlanggaran Seksyen 8 (7) Akta Hakmilik Strata 1985 dan jika disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM100,000.00 dan didenda selanjutnya tidak kurang daripada RM100.00 tetapi tidak lebih daripada RM1,000.00 bagi setiap hari kesalahan itu terus berlaku.

Jawapan: Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar terus kepada Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dengan disertakan bayaran dan dokumen-dokumen seperti disenarai semak.

Jawapan: Pesuruhjaya Bangunan (COB) adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengawalselia pengurusan dan penyelenggaraan bangunan serta perjalanan Perbadanan Pengurusan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) Akta 663.

Jawapan: Boleh merayu melanjutkan tempoh bayaran dengan syarat hanya akan diberi pertimbangan jika permohonan di kemukakan sebelum tempoh tarikh Borang 5A luput. Permohonan dianggap terbatal jika 5A tidak dijelaskan dan rayuan tidak dikemukakan dalam tempoh tersebut. Jika masih berminat,pemohon perlu mengemukakan permohonan baru (Borang Jadual 1) untuk diberi pertimbangan semula.

Jawapan: Sebenarnya tiada istilah lanjut tempoh dalam undang-undang tanah .Proses yang ada hanya dengan membuat penyerahan balik dibawah Seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan memohon untuk diberimilik semula di bawah Seksyen 42 (1) (a) KTN dimana tempoh pajakannya ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Jawapan: Bagi tanah milik yang telah luput tempoh pajakan, permohonan baru (menggunakan Borang Jadual 1) perlu dikemukakan ke Pejabat Tanah di daerah dimana tanah tersebut berada untuk diberi pertimbangan semula.

Jawapan: Sesiapa sahaja yang dinyatakan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara(KTN) boleh memohon dan dipertimbangankan. Walaubagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada waris-waris pemilik asal, jika ada permohonan.

Jawapan: Tidak. Pemohon mestilah mendapatkan perlanjutan tempoh Perintah Pembangunan sebelum mengemukakan permohonan pembangunan tanah di Jabatan ini.

 

 

 

 

 

 

 



splask faq content

floating menu gerik content v1 en

 

Footer en