Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Perak 1434H - PDT Gerik
Top Header Gerik Content en
Menu Gerik 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Perak 1434H
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 1434H
Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Perak telah diadakan pada 27 Febuari 2013 di Masjid Kampung Kenayat, Gerik. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YDH Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato' Shaharudin Bin Hj Nazari selaku Orang Besar Jajahan Hulu Perak seterusnya merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Perak. Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah dari pelajar serta kakitangan Sekolah Menengah Agama Tan Sri Ghazali Jawi. Imam Muda Megat turut hadir memberikan tazkirah berkenaan Maulidur Rasul.