Program Kembara Jalur Gemilang Hulu Perak 2020 sempena Hari Malaysia - PDT Gerik
Top Header Gerik Content en
Menu Gerik 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Program Kembara Jalur Gemilang Hulu Perak 2020 sempena Hari Malaysia
Program Kembara Jalur Gemilang Hulu Perak 2020 sempena Hari Malaysia
10 September 2020 - Seramai 65 peserta konvoi Program Kembara Jalur Gemilang Hulu Perak 2020 sempena Hari Malaysia tiba di Majlis Bandaraya Ipoh sebagai persinggahan pertama disambut dalam satu majlis oleh Datuk Bandar Ipoh. Kemudian Datuk Bandar Ipoh turut sudi membuat 'flag-off' pelepasan konvoi ini ke destinasi seterusnya Cameron Highland, Pahang. Majlis ini turut dihadiri Encik Rosdi bin Mohd Yaacob, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lenggong merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, Encik Muhammad Asyraf bin Sapri, Setiausaha Majlis Daerah Gerik, Encik Muhamad Suffian Athauri bin Mhd Bakri, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik, Puan Zuraina binti Kamarul Ariff, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI. Terdahulu ADUN Temengor, YB PuanSalbiah Mohamed telah membuat 'flag-off' pelepasan 65 peserta konvoi ini ke Majlis Bandaraya Ipoh. Program ini dijayakan oleh ahli-ahli Kelab PETANDA Hulu Perak, Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Gerik dan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Lenggong. Majlis pelepasan turut dihadiri Encik Muhammad Asyraf bin Sapri, Setiausaha Majlis Daerah Gerik, Encik Muhamad Suffian Athauri bin Mhd Bakri, Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak.
|