Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 - PDT Gerik
Top Header Gerik Content en
Menu Gerik 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014 telah diadakan pada 26 Mac 2015(Khamis) jam 9.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna Gerik. Majlis dirasmikan oleh Y.D.H Toh Seri Bijaya, Lt. Kol (B) Dato' Shaharudin Bin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Daerah Hulu Perak. Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun ini melibatkan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Perak Gerik, Pejabat Daerah Dan Tanah Lenggong, Pejabat Daerah Dan Tanah Pengkalan Hulu , Majlis Daerah Gerik dan Majis Daerah Pengkalan Hulu.Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Perak, Gerik ialah Cik Noor Suriati Azila Binti Mat Husain, Pn. Roslina Binti Hassan, Pn. Saodah Binti Abdul Aziz, Pn. Nor Amalina Binti Bakri, Encik Mazlan Bin Musa, Cik Nurulshima Binti Abdul Kadar, Pn. Akmal Ersyadiah Binti Abdul Razak, Encik Zulkifli Bin Hanafiah.