Audit Dokumentasi SSR PDT Hulu Perak - PDT Gerik
Top Header Gerik Content en
Menu Gerik 3rd Level Content en
MENU UTAMA
Breadcrumb
Audit Dokumentasi SSR PDT Hulu Perak
AUDIT DOKUMENTASI SSR PDT HULU PERAK
4 Mei 2016- Audit Dokumentasi SSR PDT Hulu Perak Oleh Badan Penasihat telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan. Encik Mohd Amzari bin Mohd Arzami iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama telah dilantik sebagai mentor untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan perkara tersebut. Turut hadir Pegawai dan kakitangan PDT Hulu Perak yang terlibat secara langsung berkaitan SSR ini. Sesi semakan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama bidang Pengurusan dan Pengurusan Pelanggan dan kedua Perkhidmatan Teras. SSR ini melibatkan dua bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Pengurusan Tanah.
Objektif utama adalah sebagai persediaan dokumentasi SSR PDT Hulu Perak mengikut Komponen dan Kriteria SSR MAMPU yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga mengenalpasti sebarang kelemahan untuk tindakan penambahbaikan serta membuat pemerhatian, teguran seterusnya mencadangkan langkah penambahbaikan sebelum pemeriksaan oleh MAMPU yang akan dilaksanakan pada 29 Mei 2016 ini.