Top Header Batu Gajah Content en

p

Tel: 05 366 1963
Fax: 05 366 5770

e
HOME

KINTA, BATU GAJAH DISTRICT AND LAND OFFICE

Menu Batu Gajah 3rd Level Content en

Breadcrumb

Polisi e-penyertaan

POLISI E-PENYERTAAN


 

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara di bawah semasa menjawab Tinjauan dan Soal Selidik yang terdapat di dalam Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kinta

  1. Memuat naik, mengemel, atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :
    • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, menganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat benci, perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidakmenyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan oleh Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
    • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
    • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atauprogram yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsimana-mana perisian komputer,perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
  2.  

  3. Mengguna atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
  4. Mengancam, mengintip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
  5. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini.
  6. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal


Footer en