Top Header Content ms

p

Tel   : 05 209 5000
Faks : 05 243 4451
Helpdesk e-Tanah: 05 525 3761

e
HOME

PORTAL RASMI

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

Image Slider Content en

Breadcrumb

Arkib - Makluman Penggunaan Permohonan Atas Talian Sistem e-Tanah Perak

Mulai 15 Februari 2021, penggunaan perkhidmatan Sistem e-Tanah telah mula diperkenalkan di seluruhPejabat Tanah Negeri Perak.

Selaras dengan itu, e-Tanah menggalakkan pengguna untuk membuat Permohonan secara Online, dimana pengguna boleh membuat permohonan secara atas talian bagi beberapan urusan-urusan terpilih sebelum membuat perserahan di kaunter Pejabat Tanah.

Untuk membuat Permohonan secara Online adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ID Pengguna dan Kata Laluan (rujuk Nota **)
  2. Tekan butang Permohonan di menu di sebelah kiri
  3. Pilih Modul Urusan, contohnya Consent, dan klik butang tersebut
  4. Pilih Senarai Urusan dari modul yang dipilih.  Klik butang Tindakan disebelah kanan
  5. Isikan Maklumat Hakmilik Terlibat. Klik butang Tambah.
  6. Senarai hakmilik akan dipaparkan. Klik butang Teruskan Permohonan.
  7.  Lengkapkan semua maklumat permohonan dan hantar borang Permohonan Atas Talian
  8. Cetak Slip Permohonan Atas Talian (beserta borang permohonan dan senarai semak)
  9. Hadir ke Kaunter Bayaran (bagi membuat bayaran seperti tertera di Resit Bayaran)
  10. Sila pastikan klik butang 'Simpan' untuk menyimpan maklumat permohonan.

Nota ** Bagi menggunakan Portal e-Tanah, pengguna perlu membuat pendaftaran akaun sebelum melakukan urusan permohonan secara atas talian. Bagi pengguna-pengguna baru yang mendaftar, anda hanya perlu hadir ke Pejabat tanah sekali sahaja untuk membuat pengesahan biometrik bagi mengesahkan identiti anda apabila membuat transaksi secara atas talian.

 

Panduan pengguna dan video atas talian disediakan dalam Portal Awam e-Tanah untuk membantu pengguna awam dalam menggunakan sistem e-Tanah. Pengguna boleh layari laman web https://ptg.perak.gov.my/portal/awam-panduan-perkhidmatan

 

Kiosk-kiosk juga disediakan di setiap pejabat tanah di negeri Perak bagi membolehkan urusan secara atas talian boleh juga dibuat di pejabat tanah tanpa perlu beratur di kaunter. Pengguna juga akan mendapat notifikasi status perserahan melalui auto emel disamping boleh membuat e-Semakan di Portal awam e-Tanah.

 

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan sistem e-Tanah:

Web: https://ptg.perak.gov.my

Telefon: 05-2531957

Email : etanahsupport@perak.etanah.com.my



carta organisasi content