Permohonan Kebenaran (Permit) Mengeluar dan Memindah Bahan Batu

Permohonan Kebenaran (Permit) Mengeluar dan Memindah Bahan Batu

Penerangan ringkas

Bahan batu bermaksud apa-apa batuan, batu, marmar, kelikir, pasir, tanah bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cenkerang atau tahi kelawar di dalam atau di atas mana- mana tanah dan termasuk juga apa-apa bata, granit, batu kapur, simen atau lain-lain barangan yang dikilang darinya

Seksyen 5 KTN

Pemohon yang layak

Permohonan boleh dibuat oleh orang-orang atau badan-badan seperti berikut :-

  • Orang perseorangan berumur 18 tahun ke atas
  • Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah
  • Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Peruntukan- Peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsuler, 1957
  • Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Seksyen 43 KTN

Tanah yang boleh dikeluarkan permit

  • Tanah Kerajaan.
  • Tanah Milik (Geran).
  • Tanah Lombong.
  • Tanah Rizab.

Seksyen 70 KTN

Permohonan dibuat

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang dan dokumen seperti berikut :-

  • Borang Jadual 1A (2 salinan).
  • Borang maklumat tambahan.
  • Pelan kawasan yang dipohon (8 salinan).
  • Sijil Carian Rasmi bagi tanah milik (geran).
  • Surat kebenaran Akuan Berkanun pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah
  • Satu salinan Undang-Undang Tubuh jika permohonan dari Syarikat/Perbadanan

Bayaran

Borang Jadual 1A

RM 2

Pembelian Pelan

RM 20

Bayaran Permohonan

RM 50

Kerja-kerja Memperenggan Kawasan

RM 150 bagi satu hektar atau kurang (setiap tambahan satu hektar atau sebahagian daripadanya RM 40)

Permohonan perlu dikemukakan

Permohonan boleh dikemukakan ke Pejabat Tanah mengikut kawasan yang dipohon.

Kuasa melulus

Pentadbir Tanah kecuali tanah-tanah rizab sungai / tasek / laut oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 13 & 70 KTN

Kadar bayaran pemindahan bahan batu

Tanah

RM 1.00 satu tan metrik

Laterit

RM 1.00 satu tan metrik

Tanah gembur

RM 1.00 satu tan metrik

Tanah Liat

RM 1.00 satu tan metrik

Pasir

RM 1.00 satu tan metrik

Karang

RM 1.00 satu tan metrik

Cenkerang

RM 1.00 satu tan metrik

Silika

RM 5.00 satu tan metrik

Batu Kapur

RM 1.50 satu tan metrik

Tanah rumput

RM 1.50 satu tan metrik

Tahi Kelawar

RM 5.00 satu tan metrik

Batu pejal, batu atau granit

RM 1.00 satu tan metrik

Bata

RM 10.00 bagi 1000 ketul atau sebahagian

Jubin

RM 4.00 bagi 1000 ketul atau sebahagian

Marmar

RM 20.00 satu tan metrik

Buku Doket

RM 3.00 satu buku

Bayaran wang pertaruhan (deposit)

  • Bayaran wang pertaruhan ( deposit ) adalah mengikut kadar yang ditentukan oleh Pentadbir Tanah.
  • Perkara yang perlu dilakukan selepas permohonan diluluskan:-
    ---> Menjelaskan segala bayaran yang dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan dan mendapatkan resit bayaran
    ---> Menandatangani surat akuan mematuhi syarat permit
    ---> Mengemukakan 4 salinan pelan kawasan yang telah diperenggan.
    ---> Mengambil Permit 4C.
    ---> Mengambil doket.

Bahan batu boleh dikeluarkan

Bahan batu boleh dikeluarkan mengikut tarikh yang ditetapkan dalam permit.

Syarat-syarat yang dikenakan

Syarat-syarat yang lazim digunakan ialah seperti berikut:-

  • Setiap pemandu lori yang membawa bahan batu dari kawasan yang diluluskan hendaklah membawa sekeping doket yang mencatat jumlah bahan batu yang dibawa, tarikh, masa, jenis bahan batu dan tempat yang hendak dipindahkan.
  • Setiap doket yang dikeluarkan hendaklah disediakan dengan sempurna dan kertas karbon dua muka mesti digunakan
  • Kenderaan / lori yang digunakan hendaklah mengisi muatan sepertimana yang ditulis pada doket. Muatan tersebut pula mesti sama paras dengan dinding lori dan penggunaan papan tambahan adalah TIDAK DIBENAR sama sekali. Had muatan juga mesti selaras dengan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia.
  • Pemandu lori dikehendaki memberhentikan lori sekiranya pemeriksaan dan sekatan dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Tanah dan Galian Negeri / Pejabat Tanah.
  • Lori hendaklah ditutup dengan kanvas dan mempastikan jalan yang dilalui tidak kotor dan mengancam keselamatan orang ramai.
  • Sebarang kerosakan harta awam yang bersabit dengan pemindahan bahan batu adalah menjadi tanggungjawab pada pemegang permit. Jika gagal mengatasinya maka wang pertaruhan boleh dirampas
  • Pemindahan bahan batu tidak dibenarkan pada hari Ahad dan hari Kelepasan Am. KECUALI pada hari Sabtu pertama dan ketiga bulan berkenaan atau mendapat kebenaran khas daripada Pentadbir Tanah.
  • Kerja-kerja pemindahan bahan batu hanya dibenarkan antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja.
  • Pemegang permit adalah dikehendaki menyelenggarakan rekod harian pemindahan di tempat pengambilan bahan batu dan mengemukakan rekod tersebut untuk pemeriksaan oleh Pengarah Tanah dan Galian, Pentadbir Tanah dari masa ke semasa.
  • Pemegang permit adalah dikehendaki mengemukakan kepada Pentadbir Tanah satu salinan rekod harian sepertimana yang dinyatakan di para ( i ) di atas dan penyata bulanan bahan batu diambil tiap-tiap bulan tidak lewat daripada 4 haribulan yang berikutnya atau pada tarikh permohonan semula yang mana lebih awal. ( Bagi pemindahan bahan batu yang diluluskan kurang dari tempoh satu bulan, penyata harian sahaja diperlukan ).
  • Pengambilan bahan batu hendaklah dari kawasan yang diberi kebenaran sahaja.
  • Pentadbir Tanah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan dari masa ke semasa jika perlu.

Tindakan yang dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran syarat

Permit boleh dibatalkan dan wang pertaruhan serta doket boleh dirampas.

Permit boleh ditamatkan sekiranya:-

  • Pemegang permit meninggal dunia.
  • Badan atau syarikat dibubarkan.

Permit boleh dibatalkan sekiranya

Permit boleh dibatalkan apabila kawasan berkenaan diperlukan atas kepentingan kerajaan.

Tindakan yang dikenakan sekiranya bahan batu dikeluar dan dipindahkan tanpa permit

  • Denda tidak melebihi RM 10,000.00; atau
  • Penjara untuk satu tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya sekali

Seksyen 426 (1) KTN

Seksyen 97 & 100 KTN

Panduan Membayar Cukai Tanah



Panduan Membayar Cukai Tanah

Penerangan ringkas

Cukai tanah ialah bayaran yang dikenakan setiap tahun sebagai cukai ke atas tanah yang diberimilik (Geran). Membayar cukai tanah adalah tanggungjawab pemilik tanah. Cukai tanah hendaklah dibayar mulai 1 Januari hingga 31 Mei tahun semasa. Jika cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun akan menjadi tunggakan dan dikenakan denda lewat.

 

Tempat bayaran cukai tanah
Bayaran boleh dibuat di kaunter Hasil Pejabat-Pejabat Tanah dimana tanah tersebut terletak atau di mana-mana tempat kutipan luar yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah berkaitan.

 

Cara bayaran

Bayaran boleh dibuat secara tunai, melalui cek / bank deraf / kiriman wang / wang pos atas nama Bendahari Negeri Perak. (Arahan berkuatkuasa mulai 16 Jun 2014)

Kad Kredit ViSA dan MASTERCARD diterima hanya di kaunter pembayaran manakala;
Kad Debit
ViSA dan MASTERCARD boleh digunakan untuk pembayaran secara online.

Bayaran melalui perbankan online seperti;

  • FPX
  • Maybank
  • RHB Bank
  • CIMB

Bayaran juga boleh dibuat melalui pos mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.

 

Bil cukai tanah
Penghantaran Bil cukai tanah kepada pemilik tanah adalah untuk memberi kemudahan dan peringatan sahaja. Walau bagaimanapun pemilik tanah yang tidak menerima bil cukai tanah boleh mendapatkannya di Bahagian Hasil Pejabat Tanah yang berkenaan dengan mengemukakan butir-butir berikut:-
  • Nombor Hakmilik
  • Nombor Lot/PT
  • Mukim/Bandar/Pekan


Semasa Pembayaran

Sediakan wang secukupnya.

 

Selepas Pembayaran
Perlu menyemak beberapa perkara berikut :
  • Pastikan ada cetakan berkomputer di atas resit.
  • Pastikan amaun yang dibayar sama dengan amaun yang tercatat di atas resit bayaran
  • Catatan berkomputer di atas resit sama dengan maklumat di atas bil cukai tanah.


Pembayaran tunggakan cukai tanah

Pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah boleh memohon kepada Pentadbir Tanah untuk membayar secara ansuran.

Bayaran ansuran hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tahun semasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Kegagalan mematuhi jadual bayaran yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan perampasan diambil.

 

Tindakan jika gagal membayar cukai tanah

Pemilik tanah yang tidak membayar tunggakan cukai tanah akan diberi peringatan untuk tempoh tertentu yang ditetapkan melalui surat pentadbiran. Jika masih engkar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dan diberi tempoh 3 bulan untuk menjelaskan tunggakan cukai tanah.

Jika pemilik tanah masih engkar menjelaskan tunggakan cukai tanah pada akhir tempoh tiga bulan seperti yang dinyatakan di dalam Notis 6A, Pentadbir Tanah boleh mengisytiharkan dengan perintah, tanah itu dirampas dan menjadi hak Kerajaan Negeri.

 

Seksyen 97 & 100 KTN