Perutusan Pengarah


borderats

 tuan rumaizi 
 
YBRS. TUAN RUMAIZI BIN BAHARIN @ MD. DAUD, A.M.P., P.P.T.
Pengarah Tanah dan Galian
Perak Darul Ridzuan.
 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung kerana sudi melayari Laman Web Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) , Perak. Laman ini dibina bertujuan untuk memberikan maklumat yang komprehensif dan terkini mengenai struktur PTG, Perak yang merangkumi visi, misi dan objektif jabatan, struktur organisasi, perkhidmatan yang disediakan dan paparan aktiviti warga PTG, Perak supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pengguna secara langsung.

Sebagai salah satu agensi barisan hadapan utama kerajaan negeri, PTG Perak berperanan dan bertanggungjawab menerajui penambahbaikan urusan pentadbiran tanah di seluruh negeri Perak. Usaha-usaha yang telah diambil untuk merealisasikan aspek ini meliputi penyediaan Rangka Pelan Strategik PTG 2010 – 2015, penetapan Petunjuk Prestasi Utama Tahunan (KPI), perlaksanaan program Amalan Persekitaran Berkualiti (5'S), persijilan MS ISO 9000: 2008, Indeks Akauntibiliti, penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi membantu penyelesaian tunggakan urusan tanah; Industry Players Outreach, program Pindahmilik Tanah (PMT) 1 Hari, pengeluaran Pekeliling serta Garispanduan - garispanduan berkaitan urusan tanah ; dan memperluaskan perkhidmatan berteraskan ICT secara atas talian dalam pentadbiran dan pengurusan tanah di seluruh pentadbiran tanah Negeri Perak.

Selaras dengan aspirasi Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya amat mengalu-alukan sebarang pandangan, cadangan dan kritikan yang membina daripada semua pelanggan dan pengunjung laman web ini. Usaha ini boleh dilakukan melalui peti-peti cadangan, e-aduan, kajian kepuasan pelanggan secara harian melalui kaunter-kaunter perkhidmatan bahagian dan kajian kepuasan pelanggan secara online setiap 6 bulan serta boleh juga menulis surat secara terus kepada pihak pengurusan. Melalui cara ini diharapkan idea-idea baru bagi meningkatkan mutu perkhidmatan secara berterusan dapat dicernakan.

Harapan saya seluruh warga PTG.Perak khususnya dan pentadbiran tanah Negeri Perak keseluruhannya dapat menggembeling tenaga dan usaha, meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, bersatu dan komited dalam melaksanakan amanah selaras dengan motto jabatan iaitu Cekap, Telus dan Berintegriti (CTB) kearah mencapai wawasan yang telah digariskan didalam Rangka Pelan Strategik PTG 2010 - 2015. Marilah kita sama-sama istiqamah untuk sentiasa melakukan transformasi perkhidmatan dan berusaha mencapai budaya kerja bertaraf dunia supaya kita terus kekal relevan dalam menangani persekitaran dan persaingan yang sengit dan pantas berubah.

"You can tell you're on the road to success; it's uphill all the way." – Paul Harvey.

Sekian. Terima kasih.

YBRS. TUAN RUMAIZI BIN BAHARIN @ MD. DAUD
Pengarah Tanah dan Galian.
Perak Darul Ridzuan.

borderats