Objektif & Fungsi PTG



Objektif
1

Memperkasakan Pengetahuan Dan Kemahiran Sumber Manusia Ke Arah Budaya Kerja Dan Tadbir Urus Berprestasi Tinggi.
2 Memperkukuhkan Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Bagi Kemajuan Negeri.
3 Memantapkan Sistem Keselamatan Untuk Menjamin Integriti Dalam Pentadbiran Tanah.
4


Mempertingkatkan Kolaborasi Strategik Bagi Melonjak Kecekapan Dan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan.


Fungsi


Peranan yang dimainkan oleh pejabat ini, bersesuaian dengan kedudukannya sebagai sebuah jabatan yang mengurus dan mentadbir tanah. Berikut merupakan fungsi-fungsi utama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak:

  • Mengemukakan permohonan-permohonan tanah untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Tanah Negeri Perak mengikut peruntukan undang-undang.
  • Menentukan pengurusan tanah di seluruh Negeri Perak dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan sistematik.
  • Menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang tanah bagi menghasilkan faedah yang optimum kepada rakyat dan kerajaan.