Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015 / 1436H Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak telah diadakan pada 14 Ogos 2015 jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Aras 3, PTG Perak. Kehadiran oleh Pengarah PTG Perak, YBhg. Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Iddris bersama isteri dan tetamu kehormat YBHG Orang Besar Jajahan Kinta Dato' Abdul Wahab Bin Dato' Seri Azizul Hassan serta semua warga PTG Perak.