Anugerah Inovasi Pengurusan Pentadbiran Daerah Dan Tanah (AIPDT) merupakan salah satu usaha ke arah pembudayaan inovasi di peringkat Pentadbiran Daerah di bidang pengurusan tanah di Negeri Perak.

Penganjuran AIPDT bertujuan bagi membantu dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sebagai agensi barisan hadapan yang lebih inovatif dan seterusnya dapat memenuhi ekspektasi pelanggan dan stakeholders.

Sempena berlangsungnya Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2012, sebanyak 9 Pejabat Daerah Dan Tanah telah mengambil bahagian dalam penganugerahan ini.

Tahniah diucapkan kepada pemenang AIPDT :
Tempat Pertama:
PDT Kerian "SPLASH"

Tempat Kedua :
PDT Hilir Perak "Sistem i10 2.0"

Tempat Ketiga :
PDT Kuala Kangsar "iQ-Ram's"

Harapan YBhg Dato' melalui penganjuran Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Perak Tahun 2012 dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan seterusnya mendukung Gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

'SINERGI INOVASI STRATEGI TRANSFORMASI'