Profil : Bahagian Perundangan


Objektif
  • Memberi perkhidmatan dan nasihat perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap dan efisien.
  • Menjalankan apa-apa tugasan lain yang bersifat undang-undang dari masa ke semasa yang dirujukkan kepada Bahagian ini.

Fungsi
  • Memberikan khidmat nasihat dalam bidang undang-undang berkaitan tanah yang dirujuk oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Perak.
  • Menyediakan warta berkaitan dengan pengambilan tanah dan menyemak lain-lain warta.
  • Menjadi sumber rujukan mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
  • Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti perjanjian, peraturan dan undang-undang lain berkaitan hal ehwal tanah.
  • Menyelia pendakwaan bagi kes-kes jenayah berkaitan tanah.
  • Menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan bagi kes-kes sivil yang melibatkan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah seluruh negeri Perak.