Profil : Bahagian Penguatkuasa & Teknikal

 

BAHAGIAN PENGUATKUASA & TEKNIKAL

Objektif

Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan - peraturan tanah untuk merangsang

pertubuhan ekonomi Negeri Perak Darul Ridzuan di samping menyampaikan ke

pengetahuan orang awam dan badan korporat perihal pemantauan peraturan - peraturan

tanah yang telah ditetapkan olen Pihak Berkuasa Negeri.

   

Fungsi

  Unit Teknikal
 
  1. Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan tanah bagi permohonan - permohonan bertujuan untuk Industri/Bangunan/Pertanian di atas tanah kerajaan/tanah milik.
  2. Menjalankan kerja - kerja memperenggan/Ukuran tanah untuk tujuan penyediaan permohonan ukur bagi permohonan tanah yang duliluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  Unit Penguatkuasa
 
  1. Menjalankan penguatkuasan undang - undang tanah terhadap aktiviti pencerobohan/penerokaan haram di atas tanah kerajaan di dalam Negeri Perak -Sek 425 KTN.
  2. Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan aktiviti pemindahan/pengeluaran bahan batu tanpa kebenaran Pihak Berkuasa.
  3. Menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan pelanggaran syarat - nyata/penjenisa tanah, bagi tanah - tanah milik di dalam Negeri Perak - Seksyen 127 KTN.
  4. Menyelaras dan memantau tindakan - tindakan operasi bersepadu di bawah Sek 425 dan 426 KTN di seluruh Negeri Perak.
  5. Menyelia dan menyeragamkan semua aktiviti penguatkuasaan di samping menyampaikan sebarang pindaan undang - undang tanah terkini ke seluruh pentadbiran tanah Negeri Perak.

Carta Organisasi