Temuramah YBhg. Dato' Pengarah PTG di Perak FM


Satu Slot Temuramah YBhg. Dato' Syed Mokhtar Bin Syed Iddris, Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Perak di Perak FM bersama DJ Saiful dan DJ Nora telah berlansung di RTM Ipoh pada 26 Ogos 2015 jam 8.00 pagi. Temuramah berkenaan berkisar tentang Konvensyen Pentadbiran Tanah yang akan diadakan pada 28 Ogos 2015 bertempat di Amanjaya Convention Centre Hotel Casuarina @ Meru Ipoh dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir.