Tahniah PTG Perak Menerima Sijil Malaysia Trustmark Sektor Awam





Forum Media Sosial Sektor Awam dan Penyampaian Sijil Malaysia Trustmark Sektor Awam telah berlansung dengan jayanya di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada 19 Mac 2015.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Belaun yang tidak dapat hadir di atas urusan kerja yang lain.

Kemudian, majlis disusuli oleh Forum Media Sosial Sektor Awam. Tajuk Diskusi Ilmu iaitu Penerapan Media Sosial Dalam Sektor Awam.

Moderator dan Ahli Panel Diskusi Ilmu

Sejurus selepas itu, Majlis Penyampaian Sijil Malaysia Trustmark Sektor Awam telah disampaikan oleh Ketua Pengarah MAMPU, Dato' Seri Zainal Rahim Bin Seman. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak di antara 20 agensi yang menerima Sijil Pentauliahan Malaysia Trustmark Sektor Awam (MTSA). Forum ini melibatkan Majlis ketua-ketua jabatan, Ketua Teknologi Maklumat, Ketua Komunikasi Korporat, Pegawai Perhubungan Awam, GLC dan Badan Berkanun.

Bagi tujuan pentauliahan MTSA, aplikasi dalam talian agensi diaudit berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh World Trustmark Alliance (WTA) iaitu :
  1. Domain 1 - Pendedahan Maklumat (Disclosure of Information)
  2. Domain 2 - Amalan (Practices)
  3. Domain 3 - Keselamatan (Security)
  4. Domain 4 - Privasi (Privacy)
  5. Domain 5 - Alternatif Penyelesaian (Alternate Dispute Resolution (ADR))
  6. Domain 6 - Pemantauan (Monitoring)

Tahniah Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak!!