Keputusan Mesyuarat Agung Ke 6; Pelantikan Pengerusi Dan Ahli Jawatan Kuasa KESDAR 2013 €“ 2015

MESYUARAT AGONG KE 6 PELANTIKAN PENGERUSI DAN AHLI JAWATAN KUASA KESDAR 2013 €“ 2015

Tahniah Diucapkan Kepada Semua Ahli Jawatan Kuasa KESDAR Sesi 2013 €“ 2015 yang telah dilantik.
Semoga usaha dan amanah dapat dilaksanakan dengan kepimpinan yang berwibawa bagi tempoh 2013 hingga 2015

LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA KEHORMAT.

Assalamualaikum Semua Ahli Kelab KESDAR,
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah saw kerana dengan limpah rahmat dan hidayah serta keizinan dari Nya, maka kita semua ahli-ahli kelab KESDAR masih dapat berkumpul semula di dewan Serbaguna, Aras 3, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak pada hari ini, Isnin 1 Julai 2013 bagi menyempurnakan Mesyuarat Agong Kelab KESDAR bagi kali ke 6.
Terlebih dahulu, izinkan saya untuk memperkenalkan barisan EXCO yang telah menerajui kelab ini bagi tempoh 2011 hingga 2013. Senarai Ahli Jawatankuasa Induk kelab ialah seperti yang terkandung di bahagian akhir buku ini yakni bab €œ Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bagi Sessi 2013 €“ 2015€. Terdapat empat (4) perbezaan barisan Ahli Jawatankuasa yang sedia ada dengan barisan Ahli Jawatankuasa yang terpilih dan terlantik dalam Mesyuarat Agong kali ke 5 pada 3 Jun 2013. Antara Ahli Jawatankuasa yang berbeza ialah seperti berikut;

  1. Penolong Setiausaha : Cik Nurmalis > Cik Wan Noor Aishah
  2. Ketua Biro Agama : Tn.Hj.Mior Muhamad Jamil > En. Mohamad Hanip
  3. Ketua Biro Penerbitan : Puan Haslina > Puan Zarina
  4. Ketua Biro Sukan : En. Mohd Soffie > En. Firdaus Farid.

Untuk pengetahuan tuan/puan ahli-ahli kelab KESDAR bahawa perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru adalah dari persetujuan yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa. Perlantikan ini dibuat berdasarkan perlembagaan kelab Fasal 9, perkara 8 yang berbunyi seperti berikut;

€œ Jika seseorang AJK meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Majlis Jawtankuasa melantik ahli yang lain bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong yang akan datang.€

Untuk makluman semua ahli kelab KESDAR, sukacita saya nyatakan bahawa semua aktiviti dan program tahunan atau yang baru di rancang telah berjaya disempurnakan barisan EXCO yang sedia ada. Syabas dan sekalung ucapan tahniah perlu dilontarkan kepada mereka telah berjaya menjayakan program €˜HARI KELUARGA KESDAR€™ bagi tahun 2012 di luar Bandaraya Ipoh, yakni di Cameron Highlands. Disamping itu, sukan PETANDA 2012 juga telah berjaya dianjurkan dengan jayanya walaupun lewat dan sibuk dengan Pilihanraya Umum ke 13. Program-program keagamaan, lawatan serta aktiviti peningkatan ekonomi kelab dan motivasi bimbingan pendidikan disamping sumbangan kebajikan telah sempurna dilaksanakan. Adalah diharapkan semua ahli-ahli kelab telah menyertai dan menikmati program yang dianjurkan dari masa ke semasa.
Saya selaku Setiausaha kelab KESDAR memohon ribuan kemaafan kerana gagal menjalankan tugas sebaik mungkin sebagaimana harapan setiap ahli terhadap saya semasa pemilihan dalam mesyuarat agong yang lalu. Mesyuarat Jawatankuasa amat kurang sekali diadakan oleh Setiausaha. Perkara ini dapat tuan/puan lihat sebagaimana carta mesyuarat dan kehadiran seperti lampiran berkepil. Kesibukan tugas serta penglibatan dalam pilihanraya bukanlah suatu alasan tetapi sbenarnya adalah dari kelemahan saya sendiri.
Seterusnyanya, saya bagi pihak rakan-rakan Jawatankuasa kelab menyusun jari sepuluh memohon ribuan kemaafan diatas segala kesilapan dan kesalahan yang terlaku oleh kami. Adalah diharapkan semuga tuan/puan ahli kelab semua dapat memilih dan melantik barisan EXCO yang berwibawa untuk memimpin kelab bagi tempoh 2013 hingga 2015 di dalam pemilihan Jawatankuasa di mesyuarat agong pada kali ini.

Sekian, terima kasih dan wasalam.

Hormat dari ;
HAJI JAMA ASIK BIN HJ. MD NOR
Setiausaha,Kelab KESDAR.