Kursus Halal / Haram & Penyembelihan

Kursus Halal / Haram & Penyembelihan
telah diadakan pada 28 Mac 2013
bermula jam 8.30 am hingga 5.00pm bertempat di Dewan Serbaguna PTG, Perak.
Dihadiri seramai 100 orang kakitangan.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Azrul Hisyam b Hj Abdul Rahim dari Jabatan Agama Islam Perak Bahagian Penyelidikan

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan bagi menjelaskan lagi halal dan haram dalam perspektif Islam.
Latihan amali kaedah penyembelihan ayam juga turut dibuat dan disertai 4 orang wakil pekerja yang terdiri daripada 2 orang kakitangan pihak lelaki dan 2 orang di pihak wanita.

Pengetahuan mengenai penyembelihan meliputi perkara-perkara asas iaitu;

  • Hukum Penyembelihan
  • Rukun Penyembelihan
  • Syarat Sah Penyembelihan
  • Perkara Sunat Semasa Penyembelihan
  • Hikmah Penyembelihan
  • Perkara Makruh Semasa Penyembelihan

"Pada asasnya, sesuatu benda atau sesuatu perbuatan itu tidak terlepas dari lima perkara iaitu halal, haram, sunat, makruh dan harus. Bagi perkara yang halal secara mutlak, kita disuruh oleh Allah SWT untuk memakan atau menggunakannya; manakala yang haram kita disuruh untuk menjauhinya. Adapun bagi perkara yang syubhah, kita diperingatkan agar meninggalkannya bagi mengelakkan kita terjebak ke dalam perkara yang haram"