PTG Perak Telah Berjaya Memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi (AIICT)

PTG Perak Telah Berjaya Memenangi Anugerah Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat & Komunikasi (AIICT) sebagai Naib Johan Kategori AIICT bagi Aplikasi SELAMAT (Secured Land Management System) daripada 13 Inovasi ICT yang telah mengambil bahagian dalam penganugerahan ini.

Aplikasi SELAMAT adalah aplikasi yang digunakan untuk menyokong operasi Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di mana ianya melengkapkan SPTB dengan ciri biometirk bagi meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan.

Aplikasi ini mula digunakan secara perintis di 2 PDT iaitu Kampar dan Teluk Intan pada penghujung tahun 2010 seterusnya diperluaskan ke PTG pada Januari 2011 dan ke seluruh Pentadbiran Tanah Negeri pada Disember 2011.

Aplikasi ini mengandungi 3 modul iaitu:
- Modul Kawalan Capaian SPTB
- Modul Pengesahan Dokumen Pindahmilik Tanah
- Modul Siasatan Hakmilik Hilang

Harapan Pengerusi Jawatankuasa AIICT ialah pemenang bagi inovasi ini dapat berkongsi faedah dari inovasi dengan jabatan dan agensi lain dengan melaksanakan perkongsian pintar agar jabatan lain turut mendapat manfaat dari inovasi yang dilaksanakan.

'SINERGI INOVASI STRATEGI TRANSFORMASI'