Orang Awam

Berita & Aktiviti

Senarai berita dan aktiviti PTG Perakbaru

Muat turun Dokumen

Senarai dokumen untuk dimuat turun :

 

 

 

 

 

Waktu Operasi

ISNIN - KHAMIS
8.15 Pagi - 12.15 Tengahari
2.15 Petang - 4.30 Petang

JUMAAT

8.15 Pagi - 12.00 Tengahari
3.00Petang - 4.30 Petang

KAUNTER EKSPRES
(ISNIN - KHAMIS)

8.15 Pagi - 4.00 Petang

--- Sambutan Safer Internet Day 2015 ---



Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, CyberSecurity Malaysia sekali lagi akan mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’ 2015.  Acara disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Untuk makluman semua, ‘Safer Internet Day’ atau ringkasnya SID mula dianjurkan pada tahun 2004 oleh Insafe European Union (EU) yang berpengkalan di Brussels, Belgium. Sambutan SID diadakan pada bulan Februari setiap tahun dan disambut di lebih 100 buah negara di seluruh dunia bagi mempromosi keselamatan Internet, memupuk serta meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja mengenai kepentingan keselamatan siber agar mereka menjadi lebih bertanggungjawab apabila menggunakan teknologi dan aplikasinya serta gajet digital seperti telefon pintar, telefon mudahalih dan juga tablet.

Di Malaysia, sambutan SID mula diadakan pada tahun 2010 dengan dipacu oleh CyberSecurity Malaysia. Lazimnya, pada setiap sambutan SID, pelbagai program serta aktiviti mengenai keselamatan siber dan kesejahteraan Internet diadakan oleh MOSTI dan CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama rakan pintar yang turut melestari agenda keselamatan siber di Malaysia.
 
Pada tahun ini, sambutan SID di Malaysia akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh              : 23 Februari 2015 (Isnin)

Waktu              : 12.00 tengahari  

Tempat            : Maktab  Tentera DiRaja (RMC), Sg Besi Kuala Lumpur

Tetamu VIP   : YB Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.       

Bagi menyempurnakan acara sambutan, beberapa aktiviti telah mengenalpasti, antaranya:-

  1. Ceramah CyberSAFE kepada pelajar RMC
  2. Upacara Sambutan – Tarian Perang “War Dance” oleh pelajar RMC
  3. Nyanyian lagu ‘Berkhidmat Memimpin’ Maktab Tentera DiRaja oleh pelajar RMC
  4. Perlancaran Sambutan ‘Safer Internet Day 2015’
  5. Lintas Langsung Menerusi Aplikasi Skype ke Jakarta, Indonesia bersama IDSIRTII
  6. Perlancaran Buku Chapter "Cyber Terrorism - Policy & Technical Perspective" - Kerjasama UTeM dan CyberSecurity Malaysia

Dan, di sepanjang bulan Februari 2015 juga telah berlangsung beberapa aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan siber, seperti:-

  1. Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber
  2. Temubual Media
  3. Bengkel Media Bersama Harian Metro (ditunda ke 5 Mac 2015)

Tema SID 2015 ialah 'Let's Create a Better Internet Together'. Tema inidipilih untuk memberi penumpuan kepada kreativiti kanak-kanak serta para remaja sewaktu berada di atas talian (alam siber) dan juga melihat peranan serta tanggungjawab organisasi serta badan kerajaan dalam menwujudkan satu suasana siber yang selamat dan kondusif. Berdasarkan tema ini, kita telah mengenalpasti tiga (3) elemen utama yang perlu diberi penekanan oleh pengguna Internet, antaranya:-

1.
Password

SEBAGAI PENGGUNA INTERNET, Kita harus menjaga KATALALUAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN AGAR SISTEM KOMPUTER SERTA APLIKASI YANG KITA GUNAKAN DI ALAM SIBER TIDAK MUDAH DICEROBOHI.

2. Know Privacy Settings

Dalam keghairahan menggunakan platfom media sosial, jangan KITA abaiKAN tetapan privasi BAGI setiap platfoRm ATAU APLIKASI yang KITA gunakan. Tetapan privasi dapat menghalang PIHAK YANG tidak bertanggungjawab memanipulasi infoRmasi, terutama gambar dan MAKLUMAT peribadi kita.

3. ‘Care before Share’

Sebelum kita menghebahKAN ATAU BERKONGSI APA JUA MAKLUMAT DAN infoRmasi, KITA harus SENTIASA BERWASPADA AKAN tindakAN YANG INGIN KITA AMBIL. SEKIRANYA MAKLUMAT ATAU infoRmasi YANG DIKONGSI ITU SALAH, SUDAH PASTI IaNYA boleh mencetuskan keadaan huru-hara DAN PANIK. MAKA, SEBAGAI PENGGUNA INTERNET, KITA HARUS SENTIASA MEMBUAT SEMAKAN TERLEBIH DAHULU BAGI MENGESAHKAN MAKLUMAT SEBELUM IANYA DIKONGSI.

** petikan teks ucapan YB Timbalan Menteri yang akan disampaikan pada acara sambutan nanti.

7.         Semoga dengan sambutan SID 2015 ia akan dapat memupuk kesedaran Komuniti Digital Malaysia untuk mengamalkan budaya keselamatan siber serta dalam masa yang sama menarik minat mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu-isu berkaitan keselamatan siber.



Yang Kalsum Bt Ibrahim
Executive, Product Development & Marketing
Corporate Strategy & Industry Development Division
CyberSecurity Malaysia
An Agency Under the Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)
DL   :     +605 528 2088 Ext. 613
Fax  :     +605 528 1905
HP   :     +601 6518 7518
www.cybersecurity.my

Makluman Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih 1436H/2015M Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak




Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014



Nama Majlis


:

Majlis Penyerahan Sijil Penarafan Lima (5) Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014
Tarikh

:

02 Disember 2015 (Rabu)

Masa

:

10.00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan Negeri, SUK Perak



Sebanyak 14 agensi telah menerima Sijil Penarafan Lima (5) Bintang dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014 dalam Majlis Penyerahan Sijil Penarafan 5 Bintang Dalam Provider-Based Evaluation (ProBE) 2014 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Gerakan Negeri, Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

ProBE adalah penilaian bagi penarafan bintang ke atas semua laman web sektor awam yang dilaksanakan setiap tahun oleh pihak Multimedia Development Corporation (MDeC).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Haji Razali bin Othman selepas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Induk Laman Web/Portal Negeri Perak Bil. 2/2015.

14 agensi yang mendapat penarafan lima (5) bintang dalam ProBE 2014 adalah seperti berikut :
  1. Pejabat SUK Perak
  2. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak
  3. Majlis Bandaraya Ipoh
  4. Majlis Perbandaran Taiping
  5. Majlis Perbandaran Manjung
  6. Majlis Daerah Tanjong Malim
  7. Majlis Daerah Selama
  8. Majlis Daerah Kampar
  9. Majlis Daerah Perak Tengah
  10. Majlis Daerah Batu Gajah
  11. Majlis Daerah Tapah
  12. Pejabat Daerah dan Tanah Gerik
  13. Pejabat Daerah dan Tanah Manjung
  14. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak

(Sumber : Korporat, SUK Perak.)



Barisan Wakil Agensi Penerima Sijil
     
Wakil dari Pejabat Daerah Dan Tanah Gerik


Wakil dari Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung
 

Wakil dari Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak



11 Januari 2016 : Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak



Sumber: Portal Rasmi Kerjaan Negeri Perak.

Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak
YAB Menteri Besar Perak Menyampaikan Ucapan.

TANJUNG MALIM, 11 JANUARI 2016 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Daerah Muallim sebagai daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Negeri Perak.

Pengisytiharan itu disempurnakan baginda di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM).

“Perkataan mualim berasal daripada perkataan Arab, perkataan yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan, bermaksud orang yang ahli dalam agama. Nama tersebut amat bertepatan diabadikan kepada daerah ini berdasarkan latar belakang tertentu sejarah.

Di daerah inilah, Sultan Idris Training College atau SITC telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir George Maxwell pada 29 November 1922. SITC ialah pusat ilmu, pusat pengajian tertinggi tempatan untuk anak Melayu pada era pra merdeka, dibangunkan untuk memberi latihan perguruan kepada anak-anak Melayu yang berlatar belakang persekolahan dalam bahasa Melayu.

Dari pusat ini telah lahir barisan inteligensia Melayu, yang berperanan penting meniupkan kebangkitan kesedaran bangsa, menghidupkan semangat nasionalisme bangsa serta menyalakan api perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.” titah DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut baginda lagi, unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti bagi daerah baharu ini dan baginda berharap daerah Muallim memberikan fokus untuk dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga berharap agar perancangan pembangunan daerah Muallim berupaya memenuhi keperluan penduduk pelbagai bangsa seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan.

Turut berangkat ke majlis pengistiharan tersebut, DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan DYAM Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir; YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Abdul Puhat Bin Mat Nayan; YB. Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Rohana Binti Abd Malek; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Ghazali Bin Jalal dan barisan EXCO Kerajaan Negeri.

Daerah Muallim berkeluasan 93,434.65 hektar dengan kepadatan penduduk seramai 69,639 orang terdiri dari gabungan tiga mukim iaitu mukim Slim, Mukim Ulu Bernam Barat, dan Mukim Ulu Bernam Timur yang meliputi Bandar Tanjung Malim, Slim dan Proton City.

Puan Nor Sham Binti Rahman, 43, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Muallim.

Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak

Orang ramai berdiri menyambut ketibaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri.

Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak

Di antara hadirin yang hadir di Majlis Pengisytiharan Daerah Muallim.

Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak

DYMM Paduka Seri Sultan Perak melawat pameran sempena Pengisytiharan Daerah Muallim.
Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak DYMM Paduka Seri Sultan Perak menandatangani plak pengisytiharan Daerah Muallim.
Muallim Daerah Kesebelas Negeri Perak Sesi bergambar bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Sumber: Korporat, SUK Perak.