Profil : Bahagian Pembangunan (Unit Pembangunan Tanah)

 

OBJEKTIF

Memproses permohonan-permohonan tanah kerajaan/pembangunan tanah milik mengikut perundangan dengan cekap,telus dan berintegeriti

 

 

FUNGSI

  • Perancangan gunatanah dan memberi pandangan mengenai semua kajian-kajian pembangunan yang dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak
  • Mengawasi rancangan-rancangan tanah kerajaan Negeri Perak termasuk memproses pengisytiharan kawasan penempatan berkelompok dibawah Akta Tanah (Kawasan penempatan Berkelompok 1960)
  • Memproses permohonan pewartaan dan pemansuhan bagi tanah rizab,hutan simpan,pindaan sempadan dan lain-lain
  • Memproses permohonan tanah daripada Kementerian,Jabatan,Agensi Kerajaan,Pertubuhan,Persatuan,Kesatuan,Kelab dan Orang Awam untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri
  • Memproses permohonan Izinlalu Jajaran Talian Elektrik TNB di bawah Akta Bekalan Elektrik 1976
  • Memproses permohonan pengambilan tanah di bawah akta pengambilan tanah 1960 bagi seluruh negeri Perak untuk pertimbangan pihak berkuasa negeri Perak