embedded folder icon     
Please click here

PENGUMUMAN PENTING

1. Nombor Hakmilik boleh dirujuk pada Bil Cukai Tanah semasa.

2. Anda mesti memasukkan Alamat E-Mel anda sebelum memilih bank untuk membuat bayaran. Senarai bank adalah seperti berikut:-

    • RHB Bank
    • CIMB Bank
    • Hong Leong Bank
    • Public Bank
    • Maybank

3. Pembayar harus mempunyai keperluan seperti berikut:

    I. akaun simpanan atau semasa dari mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan fpx.
    II. mendaftar untuk perkhidmatan perbankan internet dari mana-mana bank yang menyertai fpx.
    III. Sila rujuk tatacara penggunaan internet banking di bank-bank yang berkenaan.

4. Limit bagi setiap transaksi pembayaran Individu adalah RM 5000. Tempoh kemaskini pembayaran adalah selama 3 hari bekerja.Sila semak penyata anda selepas 3 hari bekerja.

5. Waktu Operasi perkhidmatan ini adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.

6. Salinan Resit akan dihantar selepas pengemaskinian bayaran dibuat.

7. Bagi semua pembayaran cukai Tanah melalui transaksi online yang dibuat melebihi amaun patut bayar, Pihak PTG Perak memberi alternatif kepada pembayar sama ada menggunakan lebihan bayaran untuk pembayaran cukai Tanah tahun berikutnya ataupun memulangkan semula bayaran jika dipohon oleh pembayar. Jika dipohon, Amaun lebihan ini akan terus dikreditkan ke akaun pembayar.

8. Sila tutup 'POP-UP BLOCKER' pada pelayan web anda sebelum membuat pembayaran.

Sebarang pertanyaan / masalah / aduan sila hubungi
PTG Perak di talian 05 - 2095000 samb. 5809 atau e-mail ke fpx_enquiry@perak.gov.my atau http://ptg.perak.gov.my/maklumbalas/login.php

*Semua pertanyaan / masalah / aduan awam akan diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, penyelesaian aduan awam biasa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dan penyelesaian aduan awam melibatkan punca kuasa pula bergantung kepada keputusan Pihak Berkuasa terbabit. Sila rujuk piagam pelanggan Bahagian Khidmat Pengurusan di http://ptg.perak.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=42&Itemid=110

Tuan / Puan juga boleh menyalurkan sebarang pertanyaan/masalah/aduan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di http://aduan.perak.gov.my/ dan tiada sebarang bayaran dikenakan.

Pelayar terbaik untuk membuat pembayaran adalah melalui Google Chrome atau Internet Explorer.